- Merancang dan mengawal pembangunan termasuk menyediakan pelan struktur/pelan tempatan.
- Menyelaras/membantu membangunkan pekan atau penempatan baru.
- Mengawal pembinaan bangunan, pengiklanan dan papan tanda.
- Mengurus pelupusan sampah, sisa pepejal dan aktiviti kebersihan bandar.
- Memantau perkhidmatan kesihatan, kawalan mutu makanan, kebersihan premis makanan dan kawalan penyakit-berjangkit.
- Mengawal aktiviti perniagaan melalui Penguatkuasaan Undang-undang dan peraturan perlesenan.
- Membangun dan menyelenggara sistem saliran dan pembentungan.
- Pengindahan Bandar.
- Menyedia dan menyelenggara kemudahan-kemudahan asas kampung baru dan kampung tradisi.
- Membina dan menyelenggara jalan.
- Membina dan menyelenggara kemudahan-kemudahan awam seperti pasar awam, gerai, dewan,kemudahan asas sukan, terminal pengangkutan awam,perhentian bas, tandas awam, perpustakaan, taman permainan kanak-kanak, taman-taman awam dan tempat letak kereta awam.
|
|