CARIAN
Carian Kandungan Jurnal
MENU
Tempat-Tempat Menarik

Hutan Rekreasi Gunung Belumut

Hutan Rekreasi Gunung Belumut

 

Hutan Rekreasi Gunung Belumut terletak 32 km dari Bandar Keluang iaitu melalui Jalanraya Keluang-Mersing, 137 km dari Bandar Johor Bahru. Gunung Belumut diberi nama sempena keadaan batu-batu di gunung ini yang licin dan berlumut.

Perjalananan ke puncak gunung ini, pengunjung perlu melalui jalan balak menggunakan kenderaan pacuan empat roda atau berjalan kaki melalui denai. Di kaki gunung ini terdapat aliran air terjun yang sederhana tinggi dan airnya sejuk serta nyaman, ia menjadi tarikanpengunjung untuk datang terutama pada musim cuti atau hujung minggu.

 

Hutan Rekreasi Gunung Lambak

Hutan Rekreasi Gunung Lambak

 

Terletak kira-kira 5km dari Bandar Kluang, Hutan Rekreasi Gunung Lambak menjadi destinasi yang cukup menarik bagi pengunjung yang dahagakan keindahan alam semulajadi.

Di kaki Gunung Lambak, terdapat sebuah hutan rekreasi yang cukup menarik dan indah. Di sini pengunjung akan berpeluang untuk berenang di kolam dan mendaki gunung. Selain dipenuhi dengan pelbagai flora dan fauna, air terjun yang dingin dan nyaman juga terdapat di sini. Bagi kanak-kanak, taman permainan ada disediakan. Kemudahan penginapan juga ada disediakan.

 

Legaran Ismail Hassan

 Legaran Ismail Hassan

 

Pengunjung dapat melihat kerlipan lampu neon yang menyirami bandar Kluang sepanjang Jalan Persiaran Dato' Haji Ismail Hassan pada waktu malam. Keindahan kerdiapan cahaya lampu dapat dilihat di sepanjang jalan ini.

 

Stesen Keretapi Kluang

Stesen Keretapi Kluang

 

Salah sebuah tempat utama yang perlu dilawati apabila tiba di daerah Kluang adalah Stesen Keretapi Kluang yang telah beroperasi semenjak 1915. Bagi pengunjung yang suka kepada rekabentuk bangunan bersejarah, setesyen ini amat sesuai dan cukup nostalgia.

Selain itu, pengunjung tidak boleh melepaskan peluang untuk mengunjungi warung yang terletak berhampiran Jalan Omar. Di sana, pengunjung akan berpeluang menikmati minuman kopi, roti bakar dan telur setengah masak yang cukup sedap dan sememangnya telah popular bukan sahaja di kalangan penduduk Kluang malahan di seluruh Johor dan mungkin telah meliputi seluruh Malaysia.

Produk Kluang

Kopi Stesen Keretapi

 Kopi Stesen Keretapi

 

Keenakan kopi Stesen Keretapi yang tiada tandingannya di Daerah Kluang menjadi tumpuan penduduk tempatan dan pengunjung luar. Ia terletak di Kantin Stesen Keretapi Bandar Kluang. Bagaimanapun terdapat juga cawangannya yang terletak di antara deretan kedai berdekatan Kluang Parade di Jalan Manggis Bandar Kluang. Kedai kopi ini turut menyediakan menu lain yang menarik seperti roti bakar, mee kari, nasi lemak ayam dan sebagainya sebagai hidangan selain daripada kopi. Hiasan dalaman dan luaran kedai ini di semua cawangannya juga menyerupai kedai kopi asal iaitu seperti kantin stesen keretapi menjadikan suasana kedai kopi begitu nostalgik dan istimewa dalam kategorinya.

Kopi Cap Televisyen

 Kopi Cap Televisyen

 

Kopi Cap Televisyen amat terkenal dalam keluarga Diraja Johor.Menjadi suatu kemestian serbuk kopi ini disediakan sebagai cenderahati kepada keluarga diraja ini setiap kali mereka berkunjung ke Daerah Kluang. Serbuk kopi berjenama Cap Televisyen ini boleh diperolehi di kedai yang menjualnya terus dari kilang, terletak di bangunan Johbase berhadapan Wisma Bunga di Jalan Lambak.

ZenXin Agricultural

Buah Naga

 

Ladang tanaman sayuran organik yang segar dan baik untuk kesihatan terdapat di Zenxin Agri-Organic Food Sdn Bhd No.8 (PLO 67), Jalan Teknologi 1, Kawasan Perindustrian Mengkibol, 86000 Kluang, Johor, Malaysia.Untuk maklumat lanjut layari laman web www.zenxin.com.my.

Portal Rasmi Kerajaan Malaysia   Unit Pemodenan Tadbiran & Perancangan Pengurusan Malaysia   Kementerian Perumahan & Kerajaan Tempatan    Koridor Raya Multimedia (MSC)   My Ideas