MENU

Bahagian Perundangan

Objektif

Merencana serta merancang bagi mengujudkan jabatan perundangan yang dinamik untuk mencapai tahap kualiti dan pengurusan yang "standard" . objektif yang telah digariskan :-

  • Mengujudkan golongan masyarakat yang benar-benar mengetahui, memahami, mematuhi dan menghargai undang-undang mpk.
  • Menyediakan secukupnya undang-undang serta peraturan untuk kegunaan warga mpk dan penduduk setempat.
  • Memberi kefahaman kepada warga mpk agar mengambil tindakan berdasarkan kepada bidangkuasa undang-undang.
  • Menyediakan bahan-bahan bacaan dan rujukan undang-undang yang mencukupi untuk kegunaan warga mpk.
  • Mengemaskinikan semua peruntukan undang-undang yang digunapakai dari masa ke semasa.

 

 

Fungsi

  • Menguatkuasakan undang-undang terhadap semua kesalahan dibawah undang-undang mpk.
  • Memberi nasihat perundangan dan menjalankan pendakwaan di mahkamah bagi pihak mpk.
  • Menyediakan dan menyemak surat perjanjian.
  • Menggubal dan meminda undang-undang kecil, peraturan , perintah dan kaedah.
  • Menyedia dan menyemak kertas-kertas saman, pertuduhan dan aduan.
  • Mempastikan kakitangan dan anggota penguatkuasa mahir dalam undang-undang yang digunapakai.
  • Mendedahkan pendidikan perundangan kepada pegawai mpk.
  • Mengawal dan memastikan segala harta majlis didalam keadaan baik dan selamat.
  • Memberi kesedaran kepada masyarakat kluang supaya lebih bertanggungjawab dan mempunyai kesedaran sivik terhadap kualiti hidup dan alam sekitar.
Kemaskini Terakhir: Khamis, 21 November 2019 - 11:57am