MENU

media_ktjohor

1. Operasi Sanitasi Awam COVID-19 negeri Johor akan bermula esok, 30 Mac 2020 bagi membantu mengurangkan peningkatan penularan wabak ini.

2. Dua (2) kawasan tumpuan Operasi Sanitasi COVID-19 ialah Bandar Simpang Renggam, Kluang dan Kampung Sinaran Baru, Kempas.

3. Kawasan ini dipilih kerana lokasinya yang berdekatan dengan Kampung Dato’ Ibrahim Majid dan Bandar Dato’ Ibrahim Majid, Simpang Renggam, Kluang. Manakala terdapat beberapa kes positif di Kampung Sinaran Baru, Kempas.

4. Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Johor akan menjadi agensi penyelaras bagi operasi ini. Manakala kerja-kerja penyemburan akan dilakukan SWCorp.

5. Turut terbabit dalam operasi ini ialah Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB), Pejabat kesihatan Daerah dan Polis DiRaja Malaysia (PDRM).

6. Selepas operasi sanitasi dua kawasan tumpuan ini, semua daerah dan PBT akan melaksanakannya.

7. Ops Sanitasi Awam ini berjalan sehingga pandemik Covid 19 selesai secara sepenuhnya di seluruh Johor.

Haji Ayub Bin Haji Jamil
Pengerusi Perumahan Dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor.

#KeepJohorSafe
#BerdiriBersamaJohor
#StandWithJohor

Kemaskini Terakhir: Khamis, 28 March 2024 - 8:59am