CARIAN
Carian Kandungan Jurnal
MENU
Kemudahan

Kompleks Sukan Majlis Perbandaran Kluang

Siap dibina pada akhir tahun 1996. Kos pembinaan keseluruhan RM 22 juta oleh Program Penswastaan dengan Tetuan Johbase Development Sdn.Bhd. Keluasan tapak 30 ekar (13.6 hek),mula diambilalih pada tahun 2005, sebelum ini diurus tadbir oleh Majlis Sukan Negeri.

Kemudahan outdoor

  • Padang
  • Skrin ‘Score board'
  • Lampu ‘Spotlight'
  • Litar Trek
  • Tempat Duduk Penonton
  • Ruang Pejabat
  • Tandas Lelaki/Wanita
  • Stor
  • Gerai
  • Bilik Suis
  • Gelanggang Tenis

Kemudahan indoor

  • Gelanggang Sepak Takraw
  • Gelanggang Futsal
  • Gelanggang Badminton
  • Gelanggang Bola Keranjang
  • Gelanggang Bola Jaring
  • Gimnasium

Kemudahan Kesihatan

Bagi kemudahan kesihatan, Kluang mempunyai sebuah Hospital Daerah terletak di Jalan Hospital yang dilengkapi dengan 244 katil untuk kemudahan pesakit. Hospital ini mempunyai seramai 421 kakitangan dimana 17 adalah doktor dan 81 adalah jururawat. Kluang juga mempunyai beberapa buah pusat kesihatan. Kluang mempunyai sebuah Ibu Pejabat Polis Daerah di Jalan Sekolah. Terdapat enam buah Balai Polis iaitu Balai Polis Kluang, Balai Polis Kahang, Balai Polis Kampong Gajah, Balai Polis Sungai Lalang, Balai Polis Layang-layang dan Balai Polis Paloh manakala Pondok-pondok Polis pula terdapat di Chamek, Niyor, Ulu Belitong, Bukit Permai dan Kluang Baru. Anggota-anggota Polis yang berkhidmat pula terdiri dari 29 orang Pegawai, 392 orang Anggota dan 13 orang Kakitangan Awam.

Hospital Daerah Kluang   Wad untuk para pesakit di hospital

Kemudahan Perpustakaan Awam

Pada masa kini Kluang mempunyai sebuah perpustakaan awam yang terletak di Jalan Pejabat Kerajaan. Perpustakaan awam ini dikelolakan oleh Majlis Perbandaran Kluang. Perpustakaan ini memiIiki Iebih 50, 000 koleksi buku yang terdiri daripada buku-buku rujukan, buku kanak-kanak dan bacaan umum. Perpustakaaan ini beroperasi tiap-tiap hari dari jam 8.30 pagi hingga 5.00 petang.

Suasana persekitaran yang selesa memberikan ketenangan  untuk belajar.

Kemudahan Bomba

Kluang mempunyai sebuah balai bomba Kelas A iaitu Balai Bomba Daerah bertempat di Jalan Haji Manan dengan anggota seramai 85 orang. Ia mempunyai tapak seluas 0.4 hektar. Balai bomba tersebut memberi perkhidmatan kepada seluruh penduduk daerah Kluang dan dilengkapi dengan 2 'bay', bilik sedia dan pejabat pentadbiran. Perkhidmatan pasukan bomba sukarela juga terdapat di Paloh dan Kahang.

Kemudahan Pos

Bersesuaian dengan peranannya selaku pusat yang menjadi tumpuan orang ramai, sebuah pejabat pos dibina di Jalan SuItanah yang menyediakan perkhidmatan pos dengan kakitangan seramai 80 orang. Ia beroperasi di atas tapak seluas 0.4 hektar. Di samping itu juga Kluang mempunyai 3 buah mini pos yang bertempat di pekan Sri Lalang, Taman Desa dan Taman Kluang Barat. Mini pos tersebut masing- masmg mempunyai seorang kakitangan dan beroperasi di bangunan kedai.

Kecekapan dan layanan istimewa diperlukan dalam perkhidmatan Pos kerana ia berhubung terus dengan masyarakat 

Perkhidmatan Agensi-agensi Kerajaan

Kemudahan untuk berurusan dengan jabatan-jabatan kerajaan sememangnya diutamakan. Lantaran itu sebuah Bangunan Gunasama Persekutuan dibina di KM 4 Jalan Batu Pahat yang menempatkan 13 agensi-agensi kerajaan yang berlainan fungsi.

Agensi-agensi kerajaan tersebut ialah Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Tenaga Rakyat, Jabatan Perindustrian dan Perusahaan, Jabatan Pembangunan Koperasi, Jabatan Hal Ehwal Orang Ash Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Bim Penerangan, Ikatan Relawan Rakyat Kluang, Jabatan Belia dan Sukan, Jabatan Perpaduan, Jabatan Perikanan, Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta dan Pejabat Pembahagi Harta Pusaka, Dengan penyatuan jabatan-­jabatan di bawah satu bumbung ini, penduduk Kluang tidak perlu lagi bersusah payah untuk berurusan dengan jabatan­-jabatan kerajaan ditempatkan beberapa jabatan-jabatan kerajaan seperti Jabatan Pertanian, RISDA, Pejabat Buruh, Jabatan Kastam, Jabatan Kerja Raya, Mahkamah dan tidak dilupakan Pejabat Pegawai Daerah Pejabat Pegawai Daerah merupakan tulang belakang kepada pembangunan dan kemajuan daerah ini, Bangunan Pejabat Daerah juga menempatkan dua agensi kerajaan yang lain iaitu Pejabat Tanah dan Pejabat Hutan.

Ibu Pejabat Daerah Kluang di Jalan Sekolah 

Pejabat Daerah Kluang merupakan tulang belakang penggerak secara keseluruhannya 

Ruang depan Syarikat Air Johor Holdings Sdn Bhd 


Berbagai-bagai jabatan lain ditempatkan di jalan Pejabat Kerajaan di antaranya ialah Pejabat Daerah Kluang yang merupakan tulang belakang jentera pentadbiran dan peneraju pembangunan Daerah Kluang jabatan-­jabatan lain ialah Jabatan Pertanian, RISDA, Pejabat Buruh, Jabatan Kerja Raya, Jabatan Kastam Dan Eksais Di Raja, Mahkamah dan Pejabat Hutan Daerah.

 

Perkhidmatan yang cekap di kaunter melicinkan urusan orang ramai 

Portal Rasmi Kerajaan Malaysia   Unit Pemodenan Tadbiran & Perancangan Pengurusan Malaysia   Kementerian Perumahan & Kerajaan Tempatan    Koridor Raya Multimedia (MSC)   My Ideas