CARIAN
Carian Kandungan Jurnal
MENU
Soalan Lazim

 

1. APA PERLU DIBUAT JIKA BIL CUKAI TIDAK DITERIMA..

Sekiranya anda tidak menerima bil cukai harta, sila datang ke pejabat  MPK untuk mendapatkan salinan bil di kaunter cukai harta (kaunter no. 1-3 ) pada bila-bila masa waktu pejabat.

 

2. APA YANG PERLU DILAKUKAN JIKA ANDA SEORANG PENYEWA...

Anda perlu menyerahkan bil-bil dan notis Borang  E  kepada pemilik harta.  Jika pemilik tidak menjelaskan tunggakan tersebut, tindakan menahan harta penyewa boleh di ambil.

Bagaimanapun MPK boleh mengecualikan tindakan tersebut dengan menawarkan penyewa supaya membayar sewa premis terus kepada MPK sehingga tunggakkan cukai dijelaskan sepenuhnya sebagaimana peruntukkan Syeksen 151 (5) (6) Akta 171. Penyewa dilindungi.

 

3. BOLEHKAH TUNGGAKKAN CUKAI DI BAYAR SECARA ANSURAN?

Tunggakkan boleh dibayar secara ansuran sekiranya jumlah tunggakkan adalah besar. Permohonan hendaklah dibuat di kaunter Cukai Harta, Jabatan Penilaian, MPK. Anda akan dimaklumkan mengenai cara dan ansuran yang diluluskan.

 

4. JIKA BANGUNAN ANDA KOSONG ATAU TIDAK DIDUDUKI, APA YANG BOLEH ANDA LAKUKAN?

Menurut Syeksen 162, Akta 171, anda boleh mendapatkan pulangan balik atau remitan dengan syarat:

1.Menghantar notis bertulis kepada MPK mengenai kekosongan itu dalam masa 7 hari dari       mulanya tempoh tuntutan  dan,

2.Menghantar surat secara bertulis menuntut pembayaran atau remitan tidak lewat daripada 1 bulan selepas tamat tempoh ½ tahun mengenai tuntutan itu dibuat.

Dengan membuktikan kepada MPK Kluang bahawa:-

  • Bangunan adalah dalam keadaan baik dan layak diduduki;
  • Usaha mendapatkan penyewa telah dibuat;
  • Sewa yang diminta adalah munasabah;
  • Bangunan itu benar-benar kosong;
  • Binaan bangunan bukan untuk tujuan jual beli;
  • Lain-lain syarat yang ditetapkan MPK.

5. JIKA ANDA TELAH MENUKAR MILIK/ MENJUAL / MEWARISKAN RUMAH / HARTA...

Pastikan anda atau peguam anda memberitahu MPK dengan mengisi Borang I atau Borang J yang boleh didapati di Jabatan Penilaian, MPK dalam tempoh 3 bulan dari tarikh pembelian / pindah milik.

Kegagalan berbuat demikian tindakan Mahkamah akan diambil dan jika disabit kesalahan, anda boleh didenda tidak lebih daripada RM 2,000 atau 6 bulan penjara atau kedua-duanya mengikut peruntukkan di bawah Syeksen 160 (6) Akta 171.

 

6. JIKA ANDA  INGIN MEMBELI SEBARANG HARTA....

Pastikan segala cukai dan tunggakkan telah dijelaskan oleh pemilik/penjual. Semakan boleh dibuat di kaunter pertanyaan Cukai Harta MPK.

Sekiranya harta yang dibeli adalh tanah kosong, berikan alamat surat menyurat yang tepat kepada MPK bagi memudahkan perhubungan.

 

7. JIKA ANDA MEMBELI HARTA YANG DILELONG..

Pastikan anda menyerahkan bil yang terakhir cukai harta tersebut kepada Mahkamah untuk menjelaskan tunggakkan cukai harta berkenaan daripada hasil jualan lelong dalam masa 30 hari dari tarikh lelongan sebagaimana diperuntukkan di bawah Syeksen 268 Kanun Tanah.

Portal Rasmi Kerajaan Malaysia   Unit Pemodenan Tadbiran & Perancangan Pengurusan Malaysia   Kementerian Perumahan & Kerajaan Tempatan    Koridor Raya Multimedia (MSC)   My Ideas