MENU

SEBAHAGIAN masyarakat Orang Asli yang tinggal di kaki Gunung Lambak, Kluang. - See more at: http://www.hmetro.com.my/node/86211#sthash.98wqWMAp.dpuf

Kluang: Seramai 62 Orang Asli membabitkan 15 keluarga yang menceroboh tanah rizab kerajaan di kaki Gunung Lambak berhampiran Kampung Datuk Abdul Rahman Yassin di sini sejak lebih 10 tahun lalu diarah pulang ke tempat asal mereka di Rompin, Pahang selewat-lewatnya 21 Oktober ini.

Pegawai Daerah Mohd Fuad Radzuan berkata, tindakan itu diambil selepas notis bertarikh 15 Oktober lalu diberikan kepada penduduk di situ kerana melakukan kesalahan mengikut Seksyen 425 Kanun Tanah Negara.

Menurut Mohd Fuad, sebelum ini satu notis dikeluarkan kepada penduduk terbabit bertarikh 9 September 2014 selain notis pengosongan kawasan tanah pada 3 September 2014 dari Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), namun tidak diendahkan.

“Susulan itu anggota penguat kuasa Pejabat Tanah Daerah (PTD) Kluang, Majlis Perbandaran Kluang (MPK), JAKOA dan polis terpaksa melaksanakan penguatkuasaan dengan merobohkan kediaman penduduk yang sudah dikosongkan.

“Bagi mereka yang masih belum mengosongkan rumah, tempoh tiga hari diberikan sehingga hari Rabu ini bagi mengelak dikenakan tindakan mengikut Seksyen 425 (1)(a) Kanun Tanah Negara,” katanya kepada selepas operasi meroboh dijalankan semalam.

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/86211#sthash.98wqWMAp.dpuf